Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

MAHARLAH RAMADHAN



Persiapkan marhalah menuju khalik suci
Ramadhan mengingatkan pegangan ketaqwaan
Mengerah pepohon doa dan maghfirah
Merendah bersujud serendah khalifah terdahulu

Penuhilah makrifat puasa akalmu tahu
Agar mahmudah kau hampiri
Agar mazmumah kau hindari
Amal sedekah pada fakir saudaramu
Biar ikhlas infak diberkati Tuhan
Biar istiqomah puasa sebulan

Hindarkan syaitan pada;
Hati besi membenci menyakiti insani
Mulut semput menjemput karut marut
Akal nakal berpintal menyoal sial
Sayyiah dikerah memangkah salah arah

Jemputlah Tuhan;
Tunjukkan hasanah ibadah terindah
Perkuat solat mendekat ibadat
Syumul ramadhan tanpa dosa
Kamil pedoman menawan iman
Marhalah mulia diberkati yang Esa

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
17062015
1.00 pm

Tiada ulasan: