Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

HENING 14 (PELANGI SENJA)



Sepi
Sendiri
pelangiku
redup kelabu
samar dalam lapisan
diamnya membatu membisu
awan petang ini suram tenggelam
cahaya petang akan hilang tinggal bayang
berlalu mengingat airmata awan merajuk seorang

Akur
pantaiku
jejak kaki kita
angin hilangkan
wangian hadirnya insan
badai turut mencemburuinya
musnah dengan pasang surut laut
menghanyut butiran pasir yang dipijak
tiada makna lagi untuk kita ingat pada jejak
bila tiba hamparan pantai ini mulai berubah rentak

Ingat
Senjaku
pelangi petang ini
seharian disampingmu
waktu berlalu malam menunggu
bermimpilah lena jangan ingatkanku
biar hening pelangi senja melabuh cerita
biar pantai ini tinggalkan saat detik bersama
Biar mula tamatnya kisah bersama pelangi senja

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
26102015....4.45 pm

Tiada ulasan: