Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 9 Disember 2015

JANGAN LEPASKAN 2



Tolonglah
Janganlah pergi
Sebelum mencuba lagi
Perbaiki kembali
Jangan putus harapan
Demi kukuhkan hubungan

Tolonglah
Jangan mengalah
Malah berserah
Terimalah petunjuk hidayah
Kita dipertemukan
Bukan kebetulan tetapi suratan

Bersabarlah
Pasti ada jalan
Kita akan dipersatukan
Berdoalah kepadaNya
Istikarah cinta terindah
Jangan lepaskan
Kerana ada sesuatu di hadapan
Kita tempuh dengan berani
Menuju khalik suci
Kehidupan abadi


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
10122015…..2.42pm

Tiada ulasan: