Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

JANGAN LUPA 2



Ingatlah akan aku
Pernah bertakhta dihatimu
Bukan untuk memujuk rayu
Seakan masih ada rindu
Membelenggu penuh syahdu
Tersiksa batinku
Masih lagi menyimpan memorimu

Janganlah lupa kenangan
Biarlah ia lenyap ditelan zaman
Aku dan kamu adalah catatan
Pada lembaran yang ditinggalkan
Akur pada suratan
Pasrah dan berserah kepada ketentuan
Hikmahnya kita akan matang dalam kehidupan
Dihadapan adalah harapan dan impian
Kuncinya pengalaman,iman dan Tuhan

PenaSepi@Aki manang Remaung
Catatan perjalanan Garisan Landasan Sabah , Tenom
1111205...07.27pm

Tiada ulasan: