Ajal?
Mati tetap pasti
Bila?
Persiapkan diri sebaiknya
Bertaqwa beriman padaNya
Hati tenang hidup bahagia
Syukur
Masih bernafas sedut udaraNya
Kita tidak tahu bila
Malaikat maut menjemput kita
Kayakah?
Sederhana dan miskin?
Bersyukurlah
Apa yang ada
Biarpun sudah berusaha
Nampaknya kecewa
Ingat
Rezeki belum tiba
Jangan mengeluh hiba
Belum sampai waktunya
Tuhan berikan jalanNya
Jodoh?
Salahkah hidup sendiri?
Salahkah berpoligami?
Bahagiakah?
Suka atau cinta?
Persoalan datang bertandang
Kepala berkerut bukan kepalang
Fikirkan soal hati
Rasa ingin mati
Fikirkan perasaan cinta
Ingin diri bahagia
Fikirkan untuk sendiri
Ah....biarlah hidup ini
Andartukah?
Andalusiakah?
Kertu dan Butel?
Janda, duda dan balu?
Biar apa gerangan
Soal cinta dan hidup
Tuhan yang tentukan
Apa-apa pun
Kita merancang
Tuhan yang tentukan
Kita ingin bahagia
Tapi kekadang derita
Kita ingin lebih
Tapi itulah yang termampu
Kita ingin sihat
Tapi tiba-tiba kita mangkat
Kita ingin terbaik
Tapi kita mampu bersyukur
Terimalah seadanya
Tuhan telah sediakan
Hanya mulut mampu kata
Bersyukurlah
Syukur buatmu Tuhan
Pencipta dunia
Bahawa hidup kita sementara
Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
27022015
2.52 pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan