Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

ZIARAH BAHASA



Selamat datang
Tuan puan bertandang
Dengan tulus ikhlas diundang
Seluruh pelusuk pelbagai arah
Datang untuk ziarah
Hari ini akan jadi sejarah
Kampung Usaha Jaya
Bukit Garam kita bersama
Memartabatkan Bahasa
Jiwa bangsa kita kukuhkan
Agar tiada persempadanan
Merentasi segala ikatan pertalian
Ilmu penuh didada
Buat tarikan pena
Leretkan kata-kata bahasa
Buat pamerkan keindahan santunnya
Buat azimat titipan pembaca
Pastinya karyamu kekal selamanya
Gah namamu BAHASA
Baktimu kepada anak bangsa
Tak kenal penat bekerja
Tak kenal erti putus asa
Setinggi perhargaan tak terhingga
Ku berikan buat ingatan di jiwa

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
08032015
1.14 pm

Tiada ulasan: