Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

NAJIS MASYARAKAT



Jauh pandangan
Pada lorong-lorong kehidupan
Seakan ada kanta pembesar
Tidak akan tersasar
Mata jenuh tertumpu
Perhati rona kehidupan kutu-kutu
Perhati tingkahnya ulat
Perhati gayanya melompat
Perhati perangainya meluat
Perhati gelagat seakan terencat
Perhati perilaku yang terloncat-loncat
Perhati isi badan tersiat-siat
Menghisap ganja kau jadi alpa
Menghisap syabu otakmu tidak tentu
Suntikan morfin kau tak kenal dunia
Suntikan heroin maut mengundangmu
Estacy kau telan rosakkan akhlak jiwa
Gam kau hisap buat peneman waktu
Lupakah siapa Tuhanmu?
Lupakah siapa dirimu sebenarnya?
Lalok, lalai dan hidup hancur begitu
Tidak sedar masih adanya keluarga
Rosak jiwa mindamu jadi batu
Imanmu hilang sesatnya entah kemana
Robohlah kota bertamadunkah bangsa
Bila runtuhnya institusi masyarakat ini
Bila generasi muda mudi tiada arahnya
Bila terlalu mengikut nafsu diri
Ada apa yang hendak dibangga negara
Jika najis ini masih segar harumnya pada kota ini

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
12032015
7.50 pm

Tiada ulasan: