Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

DG41



Awas mulutmu kawan
Jangan terlampau lancang
Seakan mulut tempayan
Jangan terlalu mengata orang
Nanti lari teman-teman
Rasa hormat orang akan hilang
Seakan lalang bumi
Suka meninggi diri
Seakan rumput semalu
Suka bercerita tidak tentu
Seakan duri rimba
Suka membeza-beza
Sinis katamu mengguris jiwa
Mengapa DGA41 kau utarakan isu
Seakan nujum diraja
Semua hal dirimu sangat tahu
Seakan mencari kesalahan manusia
Diri sendiri belum tentu tahu
Ingatlah resmi padi
Makin tunduk makin berisi
Ingatlah akar belukar paya
Mencengkam kukuh tautkan nilai keluarga
Hubungan ini kita kembangkan
Bukannya kita runtuhkan talian
Ingatlah diri liku hidup masih jauh
Ingatlah keluarga sayang itu masih utuh
Ingatlah teman dirimu masih diperlukan
Ingatlah Tuhan kukuhkan lagi iman
Ingatlah jangan kerana sindiran DGA41 itu
Ada hati insan luka berjahit duri sembilu

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
13032015
8.42 am

Tiada ulasan: