Renungan...
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Rabu, 2 Disember 2015
GELAGAT ULAT KOTA
Seperti ulat
Dirimu meloncat-loncat
Pakaianmu ketat sendat
Tidak menutup aurat
Lupa itu arah kiblat
Lupa itu amanat
Seperti anjing
Badanmu kurus kering
Matamu runcing juling
Dadah arak di sekeliling
Ibubapa naik pening
Maruah malu makin meruncing
Seperti rakun
Lupa tentang rukun
Hutang Ahlong mula bertimbun
Seakan nyawamu di hujung embun
Matamu kabur semakin rabun
Jauh menyimpang dosamu terhimpun
Seperti haruan
Membongkar tanah busuk mendapan
Gelandangan tiada arah perjalanan
Hidupmu tiada pedoman
Tuhanmu sudah lama kau lupakan
Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
13032015
9.31 am
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan