Renungan...
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Rabu, 2 Disember 2015
ANDAINYA SUDAH TIADA
Andainya penulis sudah tiada
Berbicarakah lagi karyanya
Atau hanya tinggalan karya lama
Bila karyanya hanyalah tinggal dibaca
Andainya penyanyi sudah tiada
Berkumandangkah lagi lagunya
Atau hanya rakaman semata-mata
Bila lagu lamanya diputarkan sekali-sekala
Andainya pelukis sudah tiada
Terpamerkah lukisan indahnya
Atau hanya tinggalan pameran karya
Bila dia tiada merungkaikan maknanya
Andainya pemuzik sudah tiada
Terciptakah lagi lagu asli gubahannya
Atau hanya kita dengar rakaman muziknya
Bila muzik kita mainkan nanti sudah tidak sama
Andainya aku sudah tiada
Apakah aku seperti mereka
Bila tiada apa yang aku rasa bangga
Hanya bekalan iman aku bawa dari dunia
Pena sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
12032015
9.16 am
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan