Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

HARI INI HARI KITA (HARI PEKERJA)



Kasta apakah yang beza
Bila hari ini kita sama
Bila hari ini kita berehat minda
Bila hari ini hari kita
Bila hari ini bersama teman dan keluarga
Miskin aku bukan dipinta
Miskin dia bukan tidak usaha
Rezeki kami belum tiba
Sekadar rakyat marhaen biasa
Berhempas tenaga mengerah kudrat; mengumpul satu persatu harta
 
Kaya dia bukan haram niaga
Kaya dia kerana ada rezeki dan usaha
Kaya kerana dia mahir guna
Kaya kerana dia tahu dari mana dia dahulu mula
Kaya kerana keturunannya sudah bagi sedia ada

Janganlah diamuk resah gelisah
Janganlah terlalu membantah
Janganlah benci mulakanlah dengan bermusyawarah
Janganlah hari ini kita marah perintah
Janganlah marah pasti ada nanti wadah terindah

Hari ini aku gembira
Bersyukur nafas masih ada
Bersyukur hidup masih aman bahagia
Bersyukur atas segalanya
Bersyukur kerana masih membuat jasa kepada anak bangsa dan negara

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
01052015
4.30 pm

Tiada ulasan: