Renungan...
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Rabu, 2 Disember 2015
GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
Guru
Jerih penatmu mengajar anak bangsa
Jauh di pelusuk sanubarimu tetap setia
Pengorbananmu guru tidak terhingga
Biar titik peluhmu mengalir basah suka duka
Tidak pernah jemu usahamu
mendidik membimbing;mereka kenal tulis, baca dan kira
Guru
Kaulah sinar harapan titian
Menyuluh jambatan ilmu merentasi sempadan
Mengajar mereka ke alam kedewasaan
Anak bangsamu kenal batasan kehidupan
Rentetan corak kehidupan pelajaran
Buat bekalan pegangan dan pedoman
Guru
Biar silang langkah persepsi tugasmu
Tabah dirimu merangkak berdiri menongkah arus berliku
Tidak hilang semangat cekal usahamu
Tidak mudah goyah dengan cabaran menujah waktu
Biar apa sekalipun bebanan realiti diberikan kepadamu
Masih setia disini mempertahankan tanggungjawab amanahmu guru
Guru
Kaulah segala-segalanya bagi mereka
Anak muridmu mengharapkan curahan ilmu di dada
Ibubapa mengharapkan anak mereka berjaya
Orang atasanmu mengharapkan keajaiban gred purata di persada
Semua mereka memerhati usahamu yang luar biasa
Tapi mereka tidak mengerti disebalik tirai hati pengorbanan usaha
Guru
Cekallah dirimu berjuang
Sempurnanya akhlak anak didikmu kau julang
Kau ingin melihat mereka seperti sinaran bintang
Bergemerlapan dewasa nanti menjadi insani terbilang
Kau bekalkan dengan pegangan agama dan moraliti gemilang
Biar jasadmu sudah tiada nanti;nama dan jasamu masih dikenang-kenang
Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
08052015
8.55 pm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan