Renungan...
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Rabu, 2 Disember 2015
AIRMATA IBU
Jauh jenuh; runtuh luluh berkayuh peluh
Lahirkan rembulan; sempunakan sembilan pertapaan bebanan
Sarat;berat tak muat; penat melarat keramat
Bisakah amanah darah merah bercapah kerah
Besarmu bersatu waktu menuju belenggu haru biru
Seakan termakan pengalaman kehidupan
Seorang gersang riang hilang melayang bayang
Bonda merana tiada kata anakanda durhaka
Dilupakan kenangan pertapaan bebanan
Rajuk teruk;menjenguk terperuk sibuk
Airmata bonda hiba kala tiadanya berita
Airmata bonda lamanya tersiksa hingga lena
Airmata bonda meminta anakandanya segera tiba
Airmata bonda keluarnya tiada makna dimanja
Airmata bonda anakanda lupa pengorbanannya
Ibu pilu sendu menunggumu bertamu rindu
Datanglah;jenguklah ziarah rumah indah
Jangan dibiarkan sendirian tertekan menahan
Pulanglah;bawalah salasilah darah terindah
Hiburkan kerinduan obatkan harapan penantian
Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
09052015
5.07 am
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan