Renungan...
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Rabu, 2 Disember 2015
HUMINODUN
Anggunmu persis bidadari kayangan
Gadis sunti dewa Kinoingan dan Suminundu
Korbanmu suci;sanggup mati
Semangat bumi mengambilmu
Pertukaran;perjanjian
Balasan untuk hasil tanaman manusia
Semadilah tenangmu ratu
Masyarakat Kadazandusun menyanjungmu
Jelmaan semangatmu seakan hidup berzaman
Mewarnai budaya masyarakat ini
Merentasi peredaran masa pesta menuai ini diraikan
Dari perut bumi
Melata tumbuh subur tumbuhan
Merahnya darah merahmu mengalir menjadi cili
Kau jadikan halia dari jari-jemarimu
Gigimu kau jadikan jagung
Pokok kelapa dari kepalamu
Rambutmu menjadi sayur bawang
Apa sahaja dari tubuhmu dijadikan tumbuhan
Bangkitmu kembali Huminodun
Semangatmu hidup dalam Unduk Ngadau
Gadis-gadis cantik penyeri Hari Kaamatan
Pasti ceria hati si bujang teruna
Terpesona anugerah wajah persis sepertimu
Agenda ini untuk mengenang pengorbanan setiamu
Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
09052015
3:27 pm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan