Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

NOMBOR EKOR



Salahkah?
kertas dan pen
Bila tulis
Padanan siri nombor
Dibeli;cuba uji nasib diri

Sedangkan pen dan kertas
Tidak tahu apa akan jadi
Bila halal nilai fungsinya
Kini jadi haram

Si peramal
Ketagih;gian dan masih setia
Pusing punya pusing
Membuat matematikal kebarangkalian
Mata meliar perhati keputusan lepas

Seakan David Copperfield
Mempunyai kuasa mistik
Meramal nombor keluar

Seakan Chris Angel
Berani uji nasib diri
Berani berhabis wang;lanyaklah


Seakan Cyrill
Memukau mata ilusi
Si pembeli terbayang magis kemenangan;kalaulah

Tidak hirau
Bila wang kikis habis
Bila kertas kosong menjadi contengan
Bila pen menari khayal nombor-nombor

Haramkah?
Duit kemenangan yang diraih
Setelah mengena;pedulilah
Atau pagi ini masih lagi kaki ekor ini berbaris

Ketagih beli
Seakan ada lambaian tangan jin
Seakan ada pelaris niaga

Yang pastinya
Tidak mengenal siapa gerangan
Melambai jiwa
Menjemput akal
Memujuk hati peramal
Pasti tergoda iman
Menggapai tulis nombor

Bila pen dan kertas
Berpandangan
Suci fungsinya kini tercemar

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
29042015
3.00 pm

Tiada ulasan: