Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

DEJAVU MIMPI



Misteri menerobosi mimpi-mimpi
Antara sedar dan bawah sedar
Seakan pernah pijak, rasa dan lihat
Kelibat gelagat tempat
Memintal cantum kepingan kenangan
Mengikat rakit-rakit mimpi
Menerawang pusaran realiti
Menerbang jasad jelajah dunia

Seakan merentasi masa
Memangkah silang istilah kuantum fizik
Seakan mainan magik
Membongkar mistik ruang logik
Seakan minda berada pada garisan lelangit dunia
Menjalur beza realiti dan mimpi

Seakan ada visi tertunda
Tertinggal ingatan dan muncul semula
Wujudkah kuasa dan limitasi diri?
Seakan neuron otak menjerat ligat ingat
Emosi hati merembeskan kenangan
Yakin pernah lalui dan alami

Mendapan imbasan pengalaman
Dalam rahim kantung bonda tercinta
Bila Tuhan telah berikan
Ingatan silam dan depan mentafsir jalanan kehidupan

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
28052015
10.30 pm

Tiada ulasan: