Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

AIRMATAMU ROHINGYA



Jauh bertaruh dijenuh sauh
Samudera bergelora jiwanya redha
Biar gementar mengisar lapar
Tidak dilanyak dimarak sebak
Masih memilih menyisih rintih
Ketakutan disimpan harapan dihadapan

Berdebar belayar digegar dasar
Matahari meninggi memancari penghuni
Menghujan perasaan kelesuan ditelan
Sesak berarak teresak-esak anak
Berhimpit berakit melilit perit
Janganlah lelah menyerah kalah

Terukir memikir getir diusir-usir
Luluh tersimpuh meruntuh teduh
Kesian dilayan seakan haiwan
Diskriminasi meninggi moraliti dicabuli
Meruntun terhimpun terpegun rukun
Meredah tabah berserah payah

Syukur menjalur leluhur timur
Seakidah menjengah memapah resah
Penghuni bumi menyelimuti erti
Membantu buntu menjamu tamu
Kemanusiaan dipertahan Tuhan pimpinkan
Mereka Rohingya saudara semesta

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
28052015
5.13 pm

Tiada ulasan: