Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

HATI SEORANG PEREMPUAN



Hati berkata...
Bukan emas menghias kemas
Bukan harta mewarna mata
Bukan wang menyilang sayang
Bukan diabaikan perasaan tersimpan
Bukan ditinggalkan keseorangan bertahan
Bukan dinafikan kemahuan fikiran
Bukan disalah dimarah kerah

Hati inginkan...
Perhatian menjadi kawan dan teman
Kasih sayang memanjang riang
Belaian manja mendamba cinta
Kejujuran kepercayaan perhubungan
Mencintai dicintai
Ruang dan peluang disayang
Kebahagiaan selamanya

Maka...
Fahamilah dan sedarilah
Kembalilah dan hormatilah
Hati seorang perempuan mahukan
Dari lubuk hati nurani
Selagi hayat masih berbaki
Dipenuhi hati mengimpi syurgawi diri lelaki

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran , Sabah
28052015
11.35 pm

Tiada ulasan: