Renungan...
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Rabu, 2 Disember 2015
SISA-SISA
Hinakah dirinya
Seakan kucing kurap terbiar
Menjamah sisa-sisa
Mengalas perut lapar
Mengutip butiran nasi permata
Penuh bermakna tak dibiar
Sampaikah hati manusia
Mengapa bisa ada jurang
Ada insan yang luar biasanya
Sebelah mata sahaja kau pandang
Inikah takdir suratannya
Atau ada sebab lain hidupnya tempang
Seakan sampah pada pandangan
Kau biarkan tanpa kasihanmu
Malaikat manakah menuntun jalan
Sehingga hati lembut manusia membatu
Iblis manakah bertenggek di bahu kanan
Sehingga sinis katamu mencaci kutu
Persetankanlah ego manusia
Kau bukan Tuhan untuk menilai darjat
Tiada hakmu membeza
Tiada kiblatmu pada iman dan amanat
Lupakah pedoman agama
Sehingga sisa sezarah kuman bisa dilihat
Ingatlah akan kitaran roda
Adakalanya kita diatas
Adakalanya kita dibawah juga
Syukur nyawa kita belum dirampas
Hidup biarlah sederhana jangan ada bangga
Sisa-sisa merekalah buat kita gembira
dan bernafas
Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
21032015
8.15 am
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan