Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

BUNTU BICARA



Seakan sesak nafas
Bila terhentinya suara
Seakan hati panas
Menggelegak geram jiwa
Seakan kata jadi tempias
Berbuih mulut hambur tiada
Seakan ada penghalang
Gemanya berdesing dengung
Seakan amarah melintang
Hati hening seakan bingung
Seakan laungannya lantang
Sebenarnya tenggelam pelampung
Seakan gerigau gundah jiwa
Bila bunyinya memantul kosong
Seakan keadaan tidak mesra
Bila adakalanya terpekik terlolong
Seakan ada sempadan sekatan
Tatkala khabar ini dalam kepompong
Keluarkah kata-kata keramat
Bila sekatan talian mulai cemburu
Sangsikah hubungan penuh azimat
Bila hening masing-masing mengaku buntu
Jenuhkah teratak jiwa terikat
Bila mulutnya mengunci erat membisu

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Ranau, Sabah
25032015
1022 pm

Tiada ulasan: