Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

PERCINTAAN JARAK JAUH

Ingatkah kisah sejarah terindah
Pertama dijiwanya bertakhta menyinta
Dicintai dirindui menyayangi diingati
Bergegar terketar melamar sukar
Dialah resah dialah gelisah
Separuh jenuh mengeluh jauh

Teringat kalimat saat merapat
Mampukah gundah dikalah madah
Memimpin angin sedingin kelmarin
Mengenang petang terbayang sayang
Rindu bertemu bersekutu waktu
Mengutara cinta meluah kata

Perasaan tersimpan diluahkan kerinduan
Mencatit perit menghimpit sakit
Kemaruk diperuk sejuk meneguk
Biar segar dilamar dengar
Hati menanti menguji sepi
Melantun embun dihimpun tahun
Bersua bila menyintanya terasa
Janji terpateri mengimpi realiti

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
19052015
11.58 a.m

Tiada ulasan: