Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

HENING 10

Rindu memaku waktu bercumbu denganmu
Memanjang gersang riang diundang sayang
Hiburlah menyerlah kawah dipapah resah
Berdebar gegar melebar sasar tegar
Bersahut mulut menjemput sedut menyahut
Lenalah madah mengasah gundah lelah
Tidur melebur alur mengatur dengkur
Menyelimuti hati memateri destinasi mimpi
Anyamlah indah madah menyerah sumpah
Bangun menyantun embun dilagun gerun
Sayang melintang terang memanjang siang
Berjumpa menyapa geloranya cinta dinoda

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
28052015
1.03 pm

Tiada ulasan: