Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

PENGECUT



Pengecut tak berhati perut
Fikiranmu serabut kalut
Hampir nyawanya kau cabut
Gelora dek nafsu jin maut
Habis jiwanya kau taut

Dirimu bertopengkan syaitan
Hilang sudah nilai pedoman
Agama jauh dari pegangan
Pujaan iblis toyol suruhan
Merampas jiwa gadis perawan

Beranimu belakang berdepan takut
Suka dirinya tetapi pengecut
Sengsara dirinya fikirnya serabut
Puaskah hatimu mencarut
Sedangkan yang kau dapat adalah karut marut

Berundurlah dari jalanan syaitan
Masih sempat untuk kembalikan
Jiwa tersesat hilang nilai kemanusiaan
Ikutlah jalan lurusnya kebenaran
Kembalilah pada ajaran Tuhan

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
05042015
7.06 am

Tiada ulasan: