Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

GEOMETRI HIDUP



Sembunyi pada satu sudut seakan geometri.Berlawanan dengan bongkah-bongkah hidup.Masing-masing menegakkan ramalan sudut yang pastinya mencapah imaginasi protraktor dan jangka lukis hasilnya.Pastinya titik pertemuan silang itu menjadi misteri satah garisan memanjang.Sehingga adakalanya terdapat banyak unjuran simpang garisan yang diabaikan seninya.

Satah bongkahnya perjalanan
Di kala kotak katiknya fikiran
Sudut hati masih mencari
Dimensi bayang pula masih samar
Pastinya perspektif tepat ingin dicari
Unjuran lurus warnai pedoman hidup
Secara matematikalnya geometri hidup masih misteri

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
01042015
6.37 am

Tiada ulasan: