Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

PANTAI INI



I

Putih hamparan pasir
Berukir alunan gelombang
Jejak kita kelihatan
Langkah kaki bayangku
Kau ikut jejaknya
Tidak mahu tinggal

II


Riuh suara anak-anak riang
Bermandi manda hibur teman seperjuangan
Basah rambutnya wajah cepat kering dek mentari sinar
Senyum melambai jiwa pasangan

III

Angin pantai melambai mesra
Ombak sesekali beralun seakan berirama
Tapi tidak kuat gelombangnya
Sahaja basahkan hujung-hujung kaki kita
Walhalnya takut basah

IV

Kuat genggaman tangan kita
Seakan tidak mahu lepaskan
Bicarakan sepanjang pantai ini
Angin, ombak dan laut jadi saksi
Kanak-kanak riang penglipurlara sampingan
Pastinya pada pantai ini
Cinta kita bersemi

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
17042015
10.28 pm

Tiada ulasan: