Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

HENING 5



Sunyi bunyi sepi diri
Sayup redup tertutup katup
Biar hingar bingar dengar
Akal terkial terkinjal-kinjal mual
Aku tahu kelu pilu
Biarlah terserah kalah resah
Biarkan ingatan bukan khayalan
Bertandang datang hilang sayang
Biarlah serah kalah marah
Pasti bererti nanti hati

Tatkala berita lama tiada
Tatkala cinta tiada suara
Tatkala suara tiada kata
Tatkala hiba kecewa duka
Tatkala dia lupa ketawa

Hening pening pusing keliling
Saling bising gering runsing

Mampukah menongkah salah kisah
Sanggupkah gundah berhelah madah
Amarah dikerah; pasrah menyerah kalah

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
18042015
7.47 pm

Tiada ulasan: