Renungan...
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Rabu, 2 Disember 2015
KEMARAU HATI
Seakan rimba bersuara hiba
Seakan tanah melolong kesakitan.
Seakan hati hening sunyi
Seakan mulut jenuh membisu
Seakan kusam wajah alam
Seakan tandus jiwa resah
Seakan bahang panasnya api
Seakan cuba lepaskan kemarau ini
Seakan cuba sirami bunga tapi tak terdaya
Seakan cuba tegakkan kembali ranting
Seakan rapuh terbakar dek gelombang api melanda
Seakan cuba tembus asap hitam akhirnya terhidu sesak jiwa
Seakan musim kemarau hati berganti
Seakan harapan bumi tiada lagi
Seakan lepaskan masa berlalu tiada detikannya lagi
Seakan kemarau ini merajuk lagi
Seakan kemarau hati musimnya berlalu pergi
Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
01042015
11.07 am
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan