Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

APRIL



Mac tinggalkan detik masa
April muncul tanda tanya
Mac dengan nostalgia
April dengan teka silang kata
Mac dengan bahagia cerita
April bakal mengundang apa?
Mac dengan bunga pelanginya
April bersediakah melakar warna
Mac dengan liku-liku kisahnya
April melangkah dengan kusamnya
Mac hingga April mewarnai diarinya
April hingga Mei menunggu kepastiannya

Pastinya dua bulan ini ada beza
Atau masih di takuk lama ceritanya
Atau bisa menyimpan seribu satu rahsia
Sehingga ada gelaran sinis April Fool maknanya
Ataukah ada misteri pada bulan ini
Atau bulan ini ada kisah tersendiri
Atau bulan ini sangat istimewa
Bulan hari lahir keramat sang pemiliknya

Bulan gerhana malam
Bulan penuh ragam
Bulan penuh cerita
Bulan penuh makna
Suka duka kehidupan
Gurau senda mainan
Sejarah pasti tersimpan
Melakar siri masa perjalanan
Hidayahnya pasti ketentuan Tuhan

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran Sabah
01042015
10.37 am

Tiada ulasan: