Renungan...
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Rabu, 2 Disember 2015
PENGEMBARAAN
Langkah kanan perlu gagah
Langkah kiri perlu keyakinan
Langkah jalan harus megah
Langkah satu bermula impian
Langkah seribu melakar sejarah
Langkah kembara membina pengalaman
Biar perih liku-liku jalan
Biar berbonggol-bonggol laluan
Biar onak belukar jadi halangan
Biar duri rimba menjemput kesakitan
Biar becaknya paya jadi mainan
Biar langkah jalan tidak sumbang pedoman
Tidak pernah mengaku kalah
Tidak pernah rasa kesal
Tidak mudah jiwa goyah
Tidak mulutmu sinis bebal
Tidak luntur hatimu kata mudah
Tidak mundur panjangnya akal
Pengembaraan uji hati
Pengembaraan uji minda
Pengembaraan matangkan hidup diri
Pengembaraan ajarkan ketabahan jiwa
Pengembaraan uji cekal berani
Pengembaraan hidup mengisahkan seribu cerita
Pena Sepi@Aki Manang Remaung
SMK Agama Mohamad Ali
Ranau, Sabah
28032015
3.44 pm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan