Renungan...
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Rabu, 2 Disember 2015
MENGANTUK
Teranguk-angguk
Tertunduk-tunduk
Berat kelopak mata
Seakan ada tongkat tua
Menongkat tidak kukuh
Teratak mata kian rapuh
Sedarkah atau mimpi
Mengundang gelagat geli
Kesian sifat diri
Malu dan mencuit hati
Biarkanlah dia berfantasi
Mainan godaan khayalan diri
Biarkanlah dia dengan labunya
Biar hingar bingar tidak terasa
Bila mata dan minda mula berkuasa
Sesekali terjaga-jaga
Corong telinga sayup menerima
Bunyian suara-suara dunia
Pedulikanlah mereka
Layan sahaja nafsu mata
Bukan dirimu mengganggu sesiapa
Rehatlah wahai tirai mata jendela
Jangan sahaja ketika memandu kereta
Ingat nyawa diri dan keluarga
Rehatkanlah kelopak mata
Rehat dan tidurlah sementara
Rehatkanlah
Rehat
Mengantukmu akan tiada
Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
11032015
7.41 am
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan