Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

KESABARAN



Sampai bila resah gundah jiwa
Perlukah ditunggu meletupnya gunung berapi hati
Perlukah ditunggu jiwa jadi bara
Bertentangankah ianya dengan naluri diri
Perlukah dihambur sumpahan seranah kata
Bila semuanya sudah tiada makna lagi
Tak cakap pun susah
Ditegur pun susah
Nanti jadi masalah
Bila dibiarkan hati jadi marah
Sampai bila harus berserah
Sampai bila taman bunga hatiku musnah
Berat mata memandang
Berat hati yang memikul
Sedih bila ku kenang
Berat kepala seakan ditukul
Ditelan mati bonda
Diluah mati ayahanda
Pandanglah kedua-dua belah mata
Berdiamku kerana kita keluarga
Berdiamku bukan tidak bertindak
Berdiamku bukan tidak berganjak
Berdiamku supaya kau sedar
Iman dan doa membawaku bersabar

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
14032015

Tiada ulasan: