Renungan...
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Rabu, 2 Disember 2015
JANGAN LUPA
Semua perkara
Semua kenangan
Semua tentang kita
Semua pahit manis catatan
Semua memori tercipta
Semuanya tolong ingatkan
Jangan pernah lupa
Jangan pernah sesal
Jangan pernah ada luka
Janganlah ada kusut akal
Janganlah ada kecewa duka
Janganlah ucap selamat tinggal
Walaupun aku tiada nanti
Walaupun tidak bersama
Walaupun apa yang terjadi
Walaupun tiba masanya
Walau apa sekalipun nanti
Walau bagaimana caranya tetap tidak lupa
Sudah pastinya dirimu tahu
Sudah pastinya cinta kita utuh
Sudah pastinya mendekat taut rindu
Sudah pasti lagi cuba untuk sengaja menjauh
Sudah pastikah kita mampu tempuhinya
Sudah sekian lama cinta kita dicemuh
Mampukah aku pertahankan
Mampukah aku lindungi
Mampukah aku lupa kenangan
Mampukah untuk mengakhiri
Mampukah untuk bertahan
Mampu untuk menyayangimu sekali lagi
Pergilah sayang menghilang
Pergilah ke tempat pertemuan kita
Pergilah sebelum waktu petang
Pergilah sebelum waktu senja
Pergilah semula nanti bila sedih sudah tenang
Pergilah semula nanti bila waktumu ingat semula cinta
Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
12042015
8.30 pm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan