Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

HATI



Hati kala sunyi
Hening menyelimuti diri
Hati sepi
Hati kala gembira
Hilai tawa riuh suasana
Hati suka
Hati kala sedih
Hancur jiwa sakit merintih
Hati tersisih
Hati kala geram
Hampa diri meragam peram
Hati masam
Hati kala berbunga
Harum mewangi cinta
Hati memuja
Hati kala sakit
Himpit jiwanya pahit
Hati menjerit
Hati kala tenang
Hidayah-Nya mendatang
Hati jadi matang
Hati-hati soal hati
Hati-hati jawab realiti
Hati-hati bayangkan mimpi
Hati-hati sakitkan hati
Hati ini milik abadi
Hati ini Tuhan beri

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kg.Rapak, Simpang Airport
Ranau, Sabah
30032015
10.14 pm

Tiada ulasan: