Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 2 Disember 2015

AKULAH RAMA-RAMAMU




Singgah
Pencarianku tak lelah
Terbangku rendah
Diriku menjengah
Taman bunga jiwamu yang indah
Hadirku buat tamanmu meriah
Hilangkan penantian yang gelisah
Jauhnya perjalanan
Tidak lelah pencarian
Biar taman hatimu gembira
Biar taman bunga ini bermesra
Biar seri kuntuman cintamu
Biar wangi haruman kasihmu
Singgahku jenuhkan sepi
Singgahku pasti menemani
Bila tiba musimnya berganti
Taman bunga ini jangan tangisi
Akan disimpan kenangan hentian ini
Selamanya cinta taman ini bersemi
Akulah rama-rama cinta
Ceriakan taman hati bunga
Tunggulah musim datang tiba
Sekali lagi kita berjumpa mesra
Angin bawakanlah haruman bunga jiwa
Bisa ubati rindu sang rama-rama

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
20032015
1.50 pm

Tiada ulasan: