Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 27 Disember 2014

Wajah polos asli anak ini....

Jauh dek hujung penjuru pedalaman
Terpencil sunyi penghuni anak rimba
Jauh dari kebisingan kota
Tiada hiburan tawa sedih
Sesebuah rancangan drama
Tiada gejet
Tiada istilah percutian keluarga
Dunia seakan terasing
Cuma harapkan mimpi datang
Ada apa pada hutan rimba
Bunyi unggas ceritakan seribu kisah
Bukti tagih kemajuan seperti kita
Ada apa deruan bunyi air terjun
Jika tidak lama lagi
Musnah dek empangan mega
Polos wajah anak ini...
Asli tulus lalu menyapa
Selepas ini kami kemana?
Hanya kawah hati kelam
Telankan pahitnya
Dalami hati anak ini
Mulut hanya diam
Jauh minda melayang terbang
Catatkan diari ranjau hidup manusia

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu ,Sabah
26122014


 

Tiada ulasan: