Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Jumaat, 12 Disember 2014

Monolog Pada Syurga Di Wajahmu 3

Seakan jauh dan bertambah jauh bayangnya.Hampir-hampir sudah ku lupakan dia.Tetapi setiap saat indah itu menjelma semula.Biarpun sudah berjauhan.Biarpun dia sudah berpindah sekolah dansudah pastinya  telah pergi memunaikan kewajibanya ke Mekah.Azmin merasa seakan-akan ada sisa cinta dan rindunya bertandang kembali.Sukar baginya untuk lupakan satu persatu memori bersama mereka.Tewas lagi diriku pada rindu ini.Ah...hati ini cukup kejam.Sehingga sesak tak tertahan.Kadang-kadang bergenang airmata rindu ingatkan diri Anira.Cukuplah ku kenangkan dia.Aku dan keluargaku sudah mula bersatu.Dosa apakah yang aku lakukan.Begitu payah ku lupakan dia.Setiap detik bersama, kenangan paling nakal itulah membuatkan hatiku melompat-lompat gelisah dan gundah.Mana mungkin dilupakan kenangan.Adakah diri Anira sebegitu juga?Huhhh...Satu lepasan keluhan panjang seakan ada sekatan pada rongga nafas.Tersekat seakan sedu dengan bunyian hati bergendang tak henti-henti.Oh..Tuhan...buangkanlah sisa-sisa rindu yang masih melekat dihatiku.Kikiskan dengan pisau agar tiada lagi karat yang melekat.Seakan masih ada urat minda yang masih bersambung pada otak fikiranku.Urat ingatanku terhadap dirinya.Tuhan putuskan saja agar bisa ku lupakan rindu semalam.Agar bisa ku jawab pada bayang semalam bahawa ku cuba untuk melupakannya.Anira..Anira..Anira...huhhh...ampunkanlah diriku...Jelas bahawa Azmin masih termanggu berdiri di anjung menyandar pada tiang sambil bermonolog dalaman kisahkan bicara hatinya.Bagaimana harus ku lari daripada bayangnya.Seakan ku pantulkan bayangku semula ke kepingan cermin usang.Bayangku bayangnya.Tiada yang berubah.Seakan payah rasanya.Seakan diari usang sepi sendiri bila penulis pena senjanya tidak lagi leretkan aksaranya.Begitulah perasaaku Anira.Sunyi...sepi...biarpun ada jiwa di sekelilingku.Ku tak mampu lupakannya.Ku tak mampu.
            

           Semenjak peristiwa itu, mana bisa diri Azmin menerima hakikat bahawa dia dan Anira sudah berpisah.Seakan alam sepi dan gelita tanpa mentari dan bulan.Kering kontang alam hatinya.Sunyi alam Azmin rasakan begitu juga Anira.Anira pergi mencari redha Allah.Membawa dirinya tunaikan kewajiban paling besar sebagai umat Islam.Masing-masing di anatara mereka mencari penawar.Penawar untuk hapuskan penyakit berjangkit hati.Yang mana tiada penawar yang pasti.Doa dan berserah kepada Tuhan sajalah yang mampu ubah dan singkirkan kenangan mereka.Siri masa akan datang yang pasti mengubah landskap kolam hati mereka.Uhhh.....tak berdaya ku Anira.Murninya dirimu dulu sanggup berkongsi kasih denganku.Berkongsi cinta dan rindu.Seakan nafsu hati melampaui sempadan segalanya.Anira...Anira..Anira....walau dalam kehidupan ini kita tak bersatu, aku tunggu dirimu dalam kehidupan lain.Itu sekiranya ada Anira.Aku ingin kita pula dipersatukan.Sekiranya ada kehidupan itu Anira, ku bongkar dunia ini.Setiap pelusuk pepenjuru dunia aku akan mencarimu.Ku korbankan segalanya buatmu.Aku ingin bahagiakanmu.Ubati penyakit ciptaan kita sendiri.Penyakit hati yang kita cipta pada dunia ini Anira.Uhh....alangkah baik jika ada dunia itu.Anira.Anira...Anira...ku doakan dirimu bahagia

.......To be continue..........

Tiada ulasan: