Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Selasa, 9 Disember 2014

TEKAD TIDAK MENGALAH...

Tekad tidak mengalah
Tidak sumbang pada langkah
Biar ada ketika ingin menyerah
Ingat jangan mengaku kalah
Bila masa kau jatuh rebah
Pada gunung jurang lembah
Pastinya mampu kau redah
Mampu hilangkah amarah
Masih butakah pada sejarah
Saat jatuh bangun itulah fitrah
Bekalan pilihan agar tak salah
Ada apa pada seribu kisah
Bila semangat luka jadi parah
Ada kau peduli ada kau kisah
Pada Tuhan dirimu berserah


Pena Sepi@Aki Manang Remaung 
Beluran,Sabah

Tiada ulasan: