Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 20 Disember 2014

10 Hari mencari Sepi rindu...

Hari Pertama...
Cabaran apakah ini
Mainan apakah ini
Bisa buat seribu tanda tanya
Mampukah sahut cabaran


Pasti ada nanti kesan peninggalan

Hari kedua..
Mulanya ssunyi sepi alam
Tiada khabar dendangkan malam
Deretkan seribu kata
Ciptakan jeragat hitam pada mata
Berjaga demi tinta

Hari Ketiga...
Bayangan khayalan menjelma
Di setiap pelusuk kota
Mabuk kepayang entahnya apa
Mengidam rindu berbalas sapaan
Ingatkan kenangan lalu yang pernah diciptakan

Hari Keempat...
Tidak keruan hati didada
Tersekat suara ungkapkan kata
Bisakah ada rindu lagi
Bisakah ada senda gurau lagi
Buat penemani kabus pagi

Hari Kelima...
Mimpi bertandang pada siang
Bayang menjelma pada malam
Tak keruan merindu mimpi
Bila bayu angin khabarkan rindu
Sampaikan salam penghibur hati

Hari Keenam...
Kuatkan langkah agar tidak goyah
Bertongkatkan minda diri penggerak kekuatan
Mampukah berdiri tegak
Sanggupkan berlari jauh
Sedangkan tongkat rindu patah hatinya

Hari Ketujuh...
Kabus jiwa dinginkan hati
Semilir angin tawarkan resah
Kuat semangat rindumu
Kukuh hatimu seperti batu tak berganjak
Tetap setia pada erti cabaran rindu ini

Hari Kelapan...
Sisipan kata bukti ketidaksabaranmu
Emailkan kata rindu buat tenteramkan jiwa
Hiasi katanya dengan madah pujangga
Wangikan halaman hati dengan kiasan indah
Sapaan malam ingatkan pantulan cermin bayang

Hari Kesembilan..
Tertanya dek persoalan minda
Adakah sekelumit kata akan terungkap
Adakah sekilas bayang mimpi jadi realiti
Adakah senyuman dahulu pengubat rindu malam
Atau tiada lagikah seri laman talian rangkaian

Hari Terakhir...
Pastinya perhitungan yang ditunggu
Berkecamuk fikiran bagai nak gila
Hempaskan lantai hati pada dinding waktu
Suarakan rindu pada tinta
Akhirnya cerita semalam berkesinambungan lagi

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
21122014








Tiada ulasan: