Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Ahad, 14 Disember 2014

KONFLIK..Pada Syurga Di Wajahmu 1

"Azmin!..Jangan kau cuba jolok sarang tebuan!Jangan kau cuba permainkan Anira!..gertak Afizi abang sulung Anira dalam keadaan termengah-mengah marah."Oiii    Kau jangan cuba menggatal dengan adikku!Lelaki tak sedar diri!Sudah ada anak bini tapi masih lagi menggangu Anira!.dengan kata kasar Akimi adik Anira seakan bersedia membuka langkah kaki kanan.Membuka langkah silat amarah.Amarah yang berpunca daripada Azmin sendiri.Terjun dan terjerumus ke dalam mainan ciptaannya.Azmin tak mampu melawan dan hanya mampu berdiam.Dah salah apa lagi mahu dipertahankan."Ya...memang salahku Afizi.Aku memang sukai dia.Aku ingin menikahinya juga.Biarlah ku bahagiakannya.Biarlah ku ambilnya sebagai isteri keduaku.Anira pun sudah mengatakan setuju.Ada apa lagi keraguan kamu semua."Azmin cuba pertahankan niat sucinya.Ya, niat yang dirancang dan disusun oleh dirinya dan Anira.
                        "Cukuplah Azmin!Jangan kau anyam mimpimu bersama Anira.Sia-sia saja rancangan kamu tu.Aku bagi amaran...Sekali lagi kau ganggu Anira awas kamu!Afizi bertegas untuk pisahkan Azmin dan Anira.Dia tidak ingin adiknya dimadukan.Berkongsi kasih sayang.Luluh hatinya nanti melihat kebahagiaan adiknya bersama Azmin."Pergilah kau Azmin dari kehidupan Anira.Sudah cukup sengsara kami melihat kehidupannya.Bebaskanlah dia dari hatimu".Akimi turut menasihati diri Azmin.Dimana Azmin seakan tunduk diam dari tadi dan akur dengan kehendak dan keputusan adik-beradik Anira.

...to be continue...                        

Tiada ulasan: