Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 15 Disember 2014

KONFLIK 2...Pada Syurga Di Wajahmu...

Setibanya Azmin di kampung halaman isterinya di Nunuk Ragang Ranau, Azmin seakan sejuk suam kuku.Apa tidaknya kepulangannya kali ini bukan kepulangan melawat keluarga mertuanya seperti biasa tetapi tujuan serta hajat menghantar isterinya Aini dan anak-anaknya pulang ke kampung.Dia ingin bersendiri.Bukan bersendiri tetapi ingin bersama Anira kekasih hatinya.Dia ingin berjumpa dengan keluarga Anira.Pertemuan untuk nyatakan hasratnya menikahi Anira.Kepulangannya untuk menghantar isteri dan anak-anaknya untuk mencari alam waktu untuk Azmin berfikir dengan semasak-masaknya.Ruang waktu untuk Azmin membuat keputusan yang terbaik dalam hidupnya.
          Kelihatan dari jauh abang iparnya Lukman seakan cepat langkah jalanannya menuju ke halaman rumah orang tuanya.Dia segera mendapatkan Azmin yang belum pun melepaskan punggungnya dan memasuki rumah mertuanya.Tak semena-mena hayunan tangan kanan Lukman singgah di pipi kanan Azmin.Hayunan tangan yang tidak sekali disedarinya.Satu tamparan hebat yang singgah dan Lukman terus menarik baju Azmin.Keadaan menjadi huru hara seketika dan dileraikan semua ahli keluarga.Aini dan anak-anaknya menangis teresak-esakdan hibanya dengan kejadian tersebut.Lukman yang kelihatan masih marah dari tadi ditenangkan oleh ayah Aini.
             "Pergi kau dari sini!Jangan sekali kau kembali ke sini lagi dan tuntut hakmu.Jantan tak tahun malu!Bukan main kau ambil Aini dulu.Melutut depan orang tua dan patrikan hatimu kononya sehidup semati.Puihh....habis manis sepah dibuang.Betul-betul kau ni Min tak kenang budi.Lukman masih lagi dalam keadaan marah dan panas barannya itu tak pernah hilang.Seakan barannya itu disimbah dengan minyak dan bertambah maraklah apinya."Maafkan aku Man!Maafkan ku mak..ayah!

..to be continue..

Tiada ulasan: