Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Jumaat, 5 Disember 2014

Batu Bata Kehidupan...

Ada apa pada hidup penuh ranjau
Bila yang lain megah mendongak
Sedangkan hati jalanan penuh karau
Gelandangan tiadanya teratak
Tembok apa pada batu bata bangunan
Pisahkan yang megah dan menadah
Jurangkan haloba mulia sopan
Halimunankan hati insani tak singgah
Walhal kecilmu Ipad jadi mainan
Padanya buanganmu disayang-sayang
Persetankan lumrah persoal harapan
Bangkitlah jiwa bukan bayang
Agar tiada siapa dipersalahkan
Robohkan tembok pada kota ini
Merangkak berkais usaha dengan iman
Mulia hidupmu Tuhan akan berkati
Ranjau hidup garapan kejayaan

Tiada ulasan: