Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 20 Disember 2014

Hadirmu Semalam...




Seakan mimpi hadirmu semalam
Kongsikan hati kongsikan jiwa
Lepaskan segalanya tersekat didada
Penantian rindu bicara semalam
Hiburkan resah gundah dulunya tiada
Serikan laman hati pengubat dek sepi jiwa

Seakan indah jalanan cerita mimpi
Dibuai angin menderu menembusi isi hati
Dirimu pun sebegitu seperti pantulan diri
Jalinkan dan tautkan simpulan tindih kasih hati
Dunia terasing bersahutan mesej pagi
Pastinya aku dan dirimu dipersatukan diari lagi

Seakan mimpi membongkar realiti
Pastinya ada pada rindu ini dan ia tidak memiliki
Mainan apakah ciptaan kejam ini
Lukakan hati dekatkan nafsu diri
Bersama kita bangun menyedari
Bangkitlah sama-sama dari mimpi ngeri

Seakan kelu diam rinduku rindumu
Noktahnya pasti tidak mungkin terjadi
Ingatlah bahawa setiap detik dan ketika waktu
Ada kepingan hatiku bertahta dan takkan pergi
Tersisip kemas pada kimpalan rindu hatimu
Selamanya segar biar apapun yang terjadi

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
21122014














Tiada ulasan: