Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Jumaat, 12 Disember 2014

Baran...


Baran...
Persetankan personalitimu itu
Kau herdik pijak jiwa kerdil
Kau lolongkan pedas bahasamu
Kesat katamu tanpa tapis sumpah seranah
Banggakah diri bahawa hebat pada gertak
Gagah tajammu kata persis tusukan panah
Penghuni kota tanpa tamadun bangsa
Iman jauh sekali pada minda hati diri

Baran..
Menyusahkan penghuni kota
Pantang dicabar jiwanya
Mendongak Hidung Mat Sallehnya
Padahal kontot penyek budinya
Ada apa pada gaya maju kota
Bila perangai sama dek beruk di hutan
Otak dikurnia Tuhan tapi letak dilutut
Mengata sendiri seperti dunia miliknya

Baran...
Sedarlah wahai kawan
Hidup kita seperti roda ligat putarnya
Megahlah dirimu sekarang belum pasti suatu hari nanti
Takbur dan terbalikkan dunia iman diri
Ada apa pada moraliti insani
Bila nasihat tembus telinga kiri
Seolah penghuni kota berbisik dengan angin
Terpantul kembali kebal pada telinganya

Baran..
Biar Tuhan saksi cerita
Biar Tuhan rencanakan kisah hidupnya
Yang pasti buanglah panas baran ada pada kita
Syaitan berkampung merobek minda dan hati
Amukan datang terlanjur baru sedar
Ada apa pada kepuasan perasaan
Bila teman akan jarakkan persahabatan




Tiada ulasan: