Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 18 Disember 2014

Mengalah Diriku...


Saban hari ku perhitungkan masa
Mengira tiap bunyi detikan waktu
Seakan begitulah resah gundah jiwa
Bila sepi tanpa kata tiada berita
Mulut kata tak ingin bersua jumpa
Tapi hati tak mampu sembunyikan rasa

Mengalah ku pada keadaan ini
Tak mampu ku kuatkan hati
Biar sudah ku cuba lupakan hati
Tetap kembali pada awal cerita ini
Masih gagal kawal perasaan diri
Selamanya rindu pada bayang yang tak pasti

Salahkan aku merindukan sepi
Sanggupkah ku tinggalkan kenangan mimpi
Mampukah ku lupakan coretan diari
Jika masih ada sisa pada rindu ini
Semakin ku lupa semakin muncul bayang ini
Semakin ku jauh semakin dekat di hati

Sehingga jelmaan bayang lain jadi ganti
Mabuk kepayang ingatkan jelmaan dirinya
Kekadang tawa lucu jadi senda hati
Bila hadir dalam mimpi seakan realiti suasananya
Bangun mentari khabarkan bayang mimpi
Bahawa mimpi semalam hanya mainan semata-mata

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah




Tiada ulasan: