Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 27 Disember 2014

Kunjung-mengunjungi...

Riang tawa sahabat handai
Salam dihulur kukuh persahabatan
Merentasi warna kulit dan pegangan
Bersatu hati demi lengkapi moraliti
Takkan jatuh dek anasir
Cuba gugat harmoni perayaan ini
Ada apa pada kota
Jika sapaan sinis dalam kelambu
Ada apa pada hubungan etnik bangsa
Jika pecahnya tiada toleransi budaya
Membiarkan kota hancur sekelip mata
Ayuh pada kota ini...
Kita taut kembali ikatan
Kita ziarahi rakan taulan
Kita rapatkan yang jauh
Kita hapus dendam lama
Nikmati detik ini
Selagi waktu masih ada
Bekalan semangat diri
Untuk bekalan tahun hadapan

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
25122014

Tiada ulasan: