Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 13 Disember 2014

Monolog Dalaman Pada Syurga Di Wajahmu 4

Diketika ini keadaan tiada mengizinkan bagi diri Azmin.Sudah tidak sama lagi keadaan sekolah bagi dirinya.Anira telah berpindah balik ke kampung asalnya.Seakan tiada seri lagi.Seakan tiada riak tawa mengisi kamar hatinya.Tidak sudah dilambai hatinya oleh ucapan pagi pada kebiasaannya.Sekembalinya dari cuti sekolah sugul wajahnya.Lesu badannya seakan tiada tenaga untuk gagahkan semangat dirinya pada hari pertama persekolahan.Dia tahu banyak tanggungjawabnya selepas ini.Bertimbun-timbun kerja yang bakal dia laksanakan.Mampukah aku Anira tanpamu?Sanggupkah aku tempuhi semuanya?.Anira..Anira..Anira...huhhh...kenapa bayangnya sekali lagi datang bertandang.Seakan setiap sudut bangunan sekolah ini aku terbayang wajahnya.uhhhh....aduhh...sakitnya...huhu...Ku tahu yang terjadi kan tetap terjadi.Aku percaya dirimu pun begitu."Azmin!Azmin!..suratmu.Terhenti lamunannya seketika.Razak dari tadi sibuk mencari Azmin untuk menyampaikan surat peribadinya.Manakan tidak Razak mencarinya...seluruh penjuru bangunan sekolah Azmin tidak kelihatan.Rupa-rupanya melepaskan gian rokoknya seperti biasa.Tempat kebiasaannya diluar kawasan sekolah dipepenjuru padang sekolah.
"Surat apakah ini?Bentak hatinya.Dibukakannya perlahan sambil meneliti kandungan di dalamnya."Oh..kad jemputan kahwin rupanya...Siapa pula yang sibuk-sibuk mahu kahwin ni?Matanya masih tertumpu pada kad tersebut.Diamatinya aksara kad ucapan dan alangkah terkejut penama yang tercatat adalah Anira.Terpapar font besar nama bakal suaminya Hainizam Bin Mohd Syukry dan semestinya nama gadis yang dirinduinya Anira Binti Alias.Nama gadis itulah menarik perhatiannya.Nama seorang guru yang pernah dikenalinya.Nama seorang gadis yang pernah menyulam benih cinta bersamanya dahulu.Seakan runtuh lebur jantungnya.Seakan terbawa pergi jasad dari badannya.Azmin menarik nafas dengan tenangnya.Tahniahlah Nira!Jodohmu telah sampai.Perjalanan cintamu telah diaturkan oleh Tuhan.Ada hikmah disebalik kejadian semua ini.Syukurlah Anira, sekurang-kurangnya kita berdua kena terima hakikatnya.Bahawa kita tidak boleh bersatu.Tetapi aku kembali ke pangkuan keluargaku dan dirimu dipersatukan dengan dirinya.Bahagialah dirimu Anira.Sapukanlah airmata derita kita dulu.Buangkanlah segala kenangan kita.Lupakanlah aku begitu juga aku akan melupakanmu.Tiada sudah bayangmu selepas ini.Terimalah ketentuan Tuhan.biarlah apa yang terjadi dahulu hilang bersama bayang semalam.

                                 Azmin redha dengan segalanya.Ternyata jodoh yang dirancang oleh keluarga Anira berjaya akhirnya.Ternyata penawar hati Anira sudah ada bukan sepertiku.masih pada takuk lama.Masih mengejar bayang.Bayang yang tak pasti dan tak mungkin ada.Ternyata Ibu Anira berjaya dengan rancangannya.Kegembiraan yang dirasai oleh adik beradik Anira dimana kegembiraan sejati buat dirinya.Kegembiraan yang tiada padaku.Ya...aku ada keluargaku.Suci betul hati isteriku.Tiada dosa pada anak-anakku.Akulah punca semua ini.Syaitan yang bisa menyusup dalam minda dan hatiku selama ini.Huhhh....maafkan ku semuanya.Maaf buat adik beradik Anira mahupun keluarga sebelah isteriku.Konflik dulu lupakannlah.Ya...jelas bahagia buat semua.Anira..Anira..Anira...aku rasa ingin tamatkannya.Aku rasa ingin tamatkan episod kita.Biarlah lipatan kenangan itu beralun dalam siri masa.Begitu juga dirimu menempuhnya dengan redha.Binalah istana mahligaimu.Anyamlah siang malam kamar hatimu sepertimana kita dahulu.Begitu juga diriku.

 .......To be coninue..sikit lagi mahu tamat,,hihi

Tiada ulasan: