Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 10 Disember 2014

Tiada Lagi Diari harianmu...

Pantaskah lagi tarian pena semalam
Puitiskan isi hati leretkan aksara longlai
Bisakah hati bertandang menjemput ilham
Seakan ada sekatan dalaman belum terungkai
Ada apa pada ilham bila minda meragam
Hati sayup lemah kunci tak berantai

Masihkah banyak soalan belum berjawapan
Atau diari harian tidak lagi diendahkan
Bila masa merampas segala catatan
Tidak indah pada mula langkah pena tarian
Selamba tarinya seakan sudah bosan
Biarkan diari harian sepi ditinggalkan

Tiadakah lagi jiwa perkongsian
Tiada yang mampu dicoretkan
Bila Sang penulis diari dah berteman
Usanglah diari harian lajur menanti coretan
Apakah masih ada singgah contengan
Rapuhnya diari penyakitnya kenangan

Ada apa semalam pada tinta kenangan
Saat Pena senja tinggalkan diari harian
Tiada lagi leretan aksara tarian
Tiada madah pujangga puitis tersimpan
Tinggal teratak tak beratap kesepian
 Hanya cermin diri jadi pantulan peneman



1 ulasan:

Unknown berkata...

Adakalanya...Kenangan yang tersimpan perlu sekali sekala diingat.Kadang2 bila kita sunyi..satu persatu kenangan lalu buatkan jiwa kita tenang...menangis...ketawa...riang...dan sudah pastinya..kita akan berkata..uhhh.....na terasakan..hihihi...