Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 22 Disember 2014

Hapuskan Rindumu Rinduku...

Kejutkan diriku dirimu dari mimpi
Bahawa ia bukan realiti
Persinggahan hati tiada erti
Bahagia buat kita
Tapi ada jiwa sepi yang terluka
Keluarkan bayangku dari mimpimu
Keluarkan bayang pantulan cermin kita
Keluarkan kenangan dari ingatan semalam
Kikiskan serpihan rindu yang melekat
Singkirkan karat yang menempel liat
Agar tiada lagi rindu
Agar tiada rasa bebanannya
Agar sirnanya namaku dari hatimu
Kembali sedar dari mimpi ciptaan kita
Yang pastinya tiada mimpi lagi
Bertaut dalam ruangan hati



Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu , Sabah
23122014

Tiada ulasan: