Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 6 Disember 2014

Pada Syurga Di Wajahmu...Monolog 2

Semilir angin menyapa dan menerjah masuk ke sempadan hatiku.Bermulalah mainan monolog dalaman singgah di jiwa mengutarakan deretan kata-kata tanpa kata.Hanya rentak hati berbisik keseorangan pada mendung cuaca ini.Timbul pelbagai soalan menyerkap masuk di benak fikiran.Apa salahku pada dia?Sudahku katakan dari awalnya bahawa cinta kita berakhir di sini.Tiada lagi angan mimpi semalam.Tiada lagi simpulan tali kusut yang belum terlerai.Sudah terang semuanya.Bahawa itulah jalanku pilih.Jalan mencari terang.Jalan pulang menyusuri denai hati keluarga sendiri.Tiada kekesalan lagi.Tiada apa lagi yang tinggal.Semuanya sudah jelas.Kenapa masih ada sisa kawah cuka yang telah kau siram dan tinggalkan.Maafkan diriku.Terpaksa akur dengan ketentuan ini.Terpaksa akur dengan rencana Tuhan.Tuhan tunjukkan hidayahNya.Tuhan maafkan dosa silamku.Tuhan telah sedarkanku.Kembali ke pangkal jalan.Kembali ke pangkuan keluargaku.Setiap siri kehidupan ada saat hentian teduhnya.Setiap ranjau liku hidup pasti tercabar dek nafsu hawa semata-mata.Persetankan hidupku hitamku dulu.Banyak hati-hati yang terluka keranaku.Cukuplah kejadian ini menyedarkanku.Cukuplah aku bermimpi pada bidadari kayangan.Seakan tidak dapat gapai tangan.Gapai tapi terpaksa ku lepaskan.Satu pintaku maafkanlah apa yang berlaku dulu.Jangan larikan diri dari kenyataan.Telan bersama arus masa.Pergimu pergiku adalah sama.Merelakan diri demi tunjang bahagia.Korbankan kasih agar tiada bilur-bilur hati yang terluka.

Tiada ulasan: