Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 13 Disember 2014

Bayu bawakan rindu...

Sayup hembusan bayu dari gunung
Dingin damai terjah masuk liang kulit halusmu
Bawakan pesanan suara khabarkan rindu
Pastinya tiada sekatan pepohon rimba
Biar lurah jurang sekalipun penghalangnya
Masih ada tanda sembunyi hadirmu

Hanya bisa angin khabarkan gurindam lagu
Hanya bisa dedaunan terbang beritahu harianmu
Hujung pelusuk dunia pun ada mentari bersamaku
Terangi hari ceriamu dan ada bulan menemani malammu
Saat berjauhan seakan dekat padaku padamu
Satunya hati lafazkan kata rindumu rinduku

Indahnya alam rimba berbisik riang
Bila bunga taman mesra bersahutan
Takkan lupa semalam pada bayang
Bila sungai tenang pesona bayangmu kelihatan
Seakan bicara alam tiadanya gersang
Menjemput malammu malamku di rangkaian talian





1 ulasan:

Unknown berkata...

Biarpun berjauhan kita dengan sesiapapun tidak kira apapun hubungan kita yakninya keluarga,orang yang kita sayang, sahabat mahupun rakan taulan jangan putuskan khabar berita.Pengajarannya kita memerlukan seseorang untuk berkongsi sesuatu tentang kehidupan kita.Sempurna dan bahagianya hidup kita bila ada orang sekeliling sentiasa berhubung bertanya khabar dan memberikan ucapan harian buat kita.Hargailah mereka.Tuhan memberkati semua.